Aerobik Bakar Lemak Perut

Satu kajian terbaharu mendapati senaman aerobik merupakan cara terbaik untuk menghilangkan lemak di perut yang sangat ditakuti. Apabila para penyelidik di Duke University Medical Center melakukan perbandingan antara senaman aerobik, latihan ketahanan dan gabungan kedua-dua senaman tersebut mendapati senaman aerobik merupakan senaman paling efisien dan efektif bagi membuang lemak di perut.

Ia bukan sekadar lemak yang berada di bawah kulit. Lemak di perut atau abdomen secara saintifiknya dikenali sebagai lemak viseral manakala lemak hati pula terletak di bahagian yang jauh ke dalam rongga abdomen dan mengisi ruang di antara organ-organ dalaman. Ia dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk penyakit jantung, kencing manis dan jenis kanser tertentu.

Pakar Fisiologi Senaman, Cris Slentz yang merupakan penulis utama kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Physiology memberitahu, kajian tersebut cuba mengenal pasti bentuk senaman yang paling berkesan untuk menghilangkan lemak yang tidak sihat.

Kajian menunjukkan latihan aerobik mengurangkan lemak di hati dan perut dengan ketara yang mampu mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit jantung.

Latihan rintangan tidak menunjukkan pengurangan yang ketara dalam pengurangan lemak visceral, lemak hati, paras enzim atau peningkatan kerintangan insulin. Gabungan aerobik dan latihan rintangan menunjukkan keputusan yang sama dengan latihan aerobik sahaja.

Sumber: Kosmo!


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 2

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes