Bakar Kalori Dengan 5 Senaman Mudah

Terdapat 5 senaman ringan yang boleh kita lakukan, jika kita inginkan tubuh badan yang sihat dan pada masa yang sama membantu tubuh badan kita membakar banyak kalori dalam badan kita.

Senaman Pertama: Taici

Jika kita meluangkan masa kita selama setengah jam saja dengan melakukan taici, ianya dapat membakar 125 hingga 150 kalori daripada tubuh badan kita.

Senama Kedua: Senaman Dalam Air

Senaman dalam air pula ialah dengan kita melakukan aktiviti berjalan atau aerobik di dalam air untuk selama setengah jam. Ianya akan dapat membantu kita menghilangkan 180 hingga 200 kalori.

Senaman Ketiga: Yoga

Kita dapat membakar 200 kalori daripada tubuh badan kita, hanya dalam masa setengah jam yang kita luangkan masa untuk mempraktikkan senaman yoga ini.

Senaman Keempat: Tarian Balet

Gerakan balet bukan saja dapat menguatkan otot-otot tubuh badan kita tapi juga membakar kalori 150 hingga 180 kalori juga dalam tempoh hanya setengah jam.

Senaman Kelima: Neuromuscular Integrative Action (NIA)

Senaman ini menggabungkan senaman taici, yoga dan seni bela diri. Walaupun senaman ni masih baru lagi diamalkan, tapi dalam hanya masa setengah jam kita akan dapat membakar 150 hingga 300 kalori.

Jadi apa pagi yang kita tunggu, jomlah bersenam… :-)


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 4 + 0

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes