Kuruskan Badan Dan Sarapan Telur

Kuruskan badan kita dengan mengamalkan sarapan dengan telur. Selama ini apakah sarapan kegemaran yang sering kita ambil? ;-)

kuruskan badan

Jurnal American College of Nutrition di dalam satu kajian yang telah diterbitkan, menyatakan bahawa kita akan rasa kenyang lebih lama jika kita mengambil sarapan dengan telur.

Ianya juga sebagai satu cara untuk kita kuruskan badan kerana kita akan cenderung untuk mengambil makanan yang sedikit dengan kalori yang kurang pada waktu makan tengahari kita.

Telur Sebagai Hidangan Sarapan & Kuruskan Badan Kita

Apa kaitannya bersaparan telur dan ingin kuruskan badan kita?

kuruskan badan

Telur juga bukan hanya baik sebagai hidangan sarapan kita saja, bahkan untuk hidangan menu diet ketika kita ingin  kuruskan badan kita.

Malah terdapat kajian yang diterbitkan di dalam The Times of India, mengatakan bahawa dengan pengambilan telur setelah kita menjalani latihan fizikal yang berat ataupun senaman olahraga, dapat menolong dalam mempertingkatkan jaringan dan pertumbuhan otot dalam tubuh badan kita.

Jangan buangkan atau tak memakan bahagian kuning telur kerana disitulah terdapat khasiat telur. Kuning telur mempunyai separuh daripada kandungan protein telur iaitu sebanyak 6 gram.

kuruskan badan

Khasiat telur ayam bagi kuruskan badan, termasuk sumber protein dan kebanyakkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Terdapat pelbagai jenis telur ayam yang bermutu di pasaran kini. Antaranya yang mempunyai kandungan Omega 3, karatonoid dan juga selenium tambahan.

Telur Omega 3 mampu menolong di dalam pengurangan serangan penyakit jantung dan turut menaikkan kadar perkembangan otak.

Telur karatonoid pula adalah telur yang mempunyai kandungan phytonutrisi yang dapat melengkapkan pengambilan zat dan khasiat makanan dalam tubuh badan kita.

Karatonoid yang terdapat di dalam telur adalah xanthrophylls. Ia menolong untuk mengelakkan daripada sel di dalam tubuh badan kita di makan usia serta kesan dari alam semulajadi ke atas tubuh badan kita.

kuruskan badan

Manakala, telur yang mengandungi khasiat selenium adalah bahan beranti-oksida dan sejenis garam bergalian. Dan khasiat selenium ini dapat menolong dalam bentuk sistem kawalan pertahanan tubuh badan kita.

Jadi untuk kuruskan badan, marilah kita amalkan mengambil hidangan telur sebagai sarapan sihat kita. :-)

kuruskan badan


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 5 + 3

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes