Makanan Terbaik Untuk Diet Rendah Kalori dan Rendah Lemak

Salad Segar

Apakah makanan terbaik yang rendah kalori dan rendah lemak untuk kita ambil ketika berdiet ya? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?… ;-)

Berikut adalah makanan terbaik yang mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah dan sihat untuk kita amalkan.

1. Sayur-sayuran Hijau dan Salad

Cara terbaik untuk berdiet ialah mengamalkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan salad yang segar. Kita boleh mengambilnya dalam hidangan yang banyak tanpa penambahan kalori.

Sayur-sayuran hijau dan daun salad adalah pilihan yang bijak, kerana ianya penuh dengan khasiat vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan tubuh badan kita.

2. Asparagus

Asparagus ialah sayuran hijau yang mempunyai kalori yang rendah dan sesuai untuk menu pemakanan diet kita. Ia kaya dengan vitamin terutama sekali folat dan vitamin A.

3. Zucchini atau Timun Jepun

Timun Jepun adalah satu lagi sayur yang berkalori rendah. Timun Jepun enak bila ditambah di dalam salad atau sayur campur goreng, atau dipanggang atau di masak dengan sayur-sayuran yang lain.

4. Tomato

Tomato adalah bahan asas masakan bersos seperti spaghetti dan pasta. Tomato juga memang lazat di masak sebagai sup tomato, atau sebagai hirisan di dalam salad.

5. Salmon

Salmon adalah ikan yang terbaik untuk kita ambil ketika berdiet. Ianya mengandungi lemak yang sihat iaitu omega-3 dan ianya baik untuk sistem kardiovaskular tubuh badan kita. Salmon juga merupakan sumber protein yang tinggi.

6. Ayam dan Ayam Belanda

Ayam dan ayam belanda adalah pilihan yang baik untuk menu pemakanan diet kerana ianya rendah lemak dan mempunyai sumber protein yang tinggi

7. Daging Rusa

Daging rusa adalah daging pengganti yang lebih sihat daripada pengambilan daging lembu.

8. Sup atau Stok Air Rebusan

Stok air rebusan boleh digunakan sebagai asas untuk di buat sup, stew dan sos. Ianya juga boleh digunakan dalam resepi masakan lain agar daging yang kita masak lembut.

9. Buah Beri

Bagi mereka yang suka makan manisan, makanlah buah beri. Buah beri mempunyai khasiat vitamin dan antioksidan yang tinggi. Ianya sesuai dibuat sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.


You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Makanan Terbaik Untuk Diet Rendah Kalori dan Rendah Lemak”

Leave a Reply

*
= 4 + 9

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes