Menu Diet Sihat: Resepi Pencuci Mulut

Menu diet sihat untuk pencuci mulut atau ‘dessert’ yang akan dikongsikan di sini ialah resepi Yogurt Panna Cotta. Siapa kata kita tak boleh hidangkan pencuci mulut yang enak dan sihat? ;-)

Sebelum tu, jom ketahui apa maksud ‘Yogurt’ atau dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai Dadih. Dadih atau Dadiah, menurut sumber Wikipedia Bahasa Melayu, merupakan makanan tradisional Minangkabau.

menu diet sihat

Dadih ini dibuat daripada susu sapi yang diperam dalam bekas buluh (atau sebarang bekas) yang tertutup (atau ditutup dengan daun pisang).

Dadih ialah menu diet sihat yang seringkali juga dimakan sebagai sarapan pagi dan kadang-kala di makan dengan emping dan gula jawa. Dadih juga sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal.

Selalunya, dadih dibuat dengan perisa buah-buahan. Di antara perisanya ialah keladi, jagung, strawberi, kelapa dan lain-lain.

Terdapat juga dadih yang dibuat daripada vanila, milo dan coklat. Dan kadang-kala, terdapat juga sos buah-buahan yang dihidang bersama dadih untuk memberikannya rasa yang lebih sedap.

Selain itu, yogurt juga merupakan makanan yang mampu membantu tubuh badan kita menghapuskan lemak berlebihan dan yang tak diperlukan daripada badan kerana ia tergolong dalam menu diet sihat.

menu diet sihat

Para penyelidik dari University of Tennessee, di Knoxville, Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian dan mendapati mereka yang menghidapi obesiti yang mengambil yogurt 3 kali sehari dan mengurangkan kalori makanan mereka selama 12 minggu, telah dapat mengurangkan lemak terutamanya di bahagian perut mereka berbanding dengan mereka yang tak mengambil yogurt.

Jadi jika kita ingin kuruskan badan dan punyai badan yang langsing, amalkanlah pengambilan yogurt dalam diet kita sebagai menu diet sihat.

Resepi Menu Diet Sihat: Yogurt Panna Cotta

Hidangan menu diet sihat ini ialah untuk 4 orang.

Dapatkan resepi menu diet sihat pencuci mulut ni di sini ya… :-)

Bahan-bahan:

  • 300 g yogurt asli atau tanpa perisa
  • 6 biji strawberi
  • 15 g gelatin halal
  • 100 ml air
  • 100g gula

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula kita campurkan gelatin dengan air. Panaskan campuran gelatin tadi di atas api yang kecil dan pastikan gelatin tadi cair dengan sepenuhnya.

2. Kemudian kisarkan buah strawberi, yogurt dan gula di dalam mesin pengisar hingga sebati.

3. Adunkan gelatin tadi dengan bahan yang telah kisar tadi.

4. Kemudian masukkannya dalam acuan dan disimpan dalam peti sejuk selama 2 jam.

menu diet sihat

Mudah je kan menu diet sihat pencuci mulut kita kali ni. Apa lagi, jomlah kita buat ;-)

Kandungan

  • Kalori: 133 kalori
  • Lemak: 4.7 g
  • Karbohidrat: 30.4 g
  • Protein: 20.6 g
  • Serat: 150 mg
  • Natrium: 80 mg

menu diet sihat


You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Menu Diet Sihat: Resepi Pencuci Mulut”

  1. Anne Anne says:

    Ya, memang sedap… Jom cuba :-)

  2. tgk cam sdp..nk tryla….

Leave a Reply

*
= 5 + 3

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes