Menu Untuk Kuruskan Badan ~ Resepi Sarapan Sihat

Menu untuk kuruskan badan kali ini ialah Lempeng Oat Bersama Sandwich Tuna. Ianya adalah resepi sihat yang boleh kita sediakan sebagai sarapan untuk seisi keluarga kita.

menu untuk kuruskan badan

Pernahkah kita dengar bahawa sarapan adalah waktu makan yang paling penting untuk kita ambil? Terutama sekali jika kita ingin menguruskan badan dan dengan menu untuk kuruskan badan yang dikongsikan di sini, jangan sesekali kita tak bersarapan pula ya ;-)

Lempeng Oat Bersama Sandwich Tuna ~ menu untuk kuruskan badan.

Selain menu untuk kuruskan badan ini sihat, ianya juga penuh dengan nutrisi. Dan kaya dengan khasiat protein yang tinggi dan Omega-3 dari tuna yang kita gunakan, dan juga membekalkan karbohidrat untuk tenaga.

Memang amat mudah untuk disediakan menu untuk kuruskan badan ni dan paling penting, ianya penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Jom kita mula :-)

Jom ketahui cara untuk sediakan menu untuk kuruskan badan kita.

Bahan-bahan:

Untuk 6 keping lempeng

  • 2 cawan tepung gandum (*)
  • 1 cawan quaker oats (*)
  • 1 biji telur (*)
  • 1/2 sudu teh garam (*)
  • Tuna
  • Daun salad, tomato dan timun

Cara-cara Penyediaan:

  1. Mula-mula kita bancuh semua bahan (*) bersama air.
  2. Kemudian panaskan kuali yang sesuai untuk kita membuat lempeng. Sapukan sedikit minyak dalam kuali kita.
  3. Tuangkan dua senduk adunan yang telah kita bancuh tadi. Lenggangkan kuali kita hingga adunan tadi rata di dalam kuali.
  4. Bila ianya telah agak garing, terbalikkan lempeng tadi dengan cara melambungkannya. Ataupun kita boleh juga menggunakan sudip yang leper untuk terbalikkannya ;-)menu untuk kuruskan badan
  5. Letakkan lempeng kita di atas bekas atau pinggan. Kemudian letakkan daun salad diatasnya dan masukkan inti tuna di atas lempeng oat tadi.
  6. Letakkan juga hirisan tomato dan timun diatasnya. Kemudian kita bolehlah gulungkannya.
  7. Kita boleh juga potongkannya kepada beberapa bahagian untuk memudahkan kita makan.
  8. Hidangkannya dalam pinggan dan dah siap pun ;-)

menu untuk kuruskan badan

Kandungan Menu Untuk Kuruskan Badan

  • Kalori: 150 kal
  • Lemak: 2 g
  • Karbohidrat: 31.0 g
  • Protein: 5.0 g
  • Serat: 4.0 mg
  • Natrium: 10 %

Mudah je menu untuk kuruskan badan kita ni kan? Jom kita makan… :-D

menu untuk kuruskan badan


You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Menu Untuk Kuruskan Badan ~ Resepi Sarapan Sihat”

  1. Rahim says:

    Terserempak dalam google resepi Cik Anne ni.. Sebab nya nak cari resepi oats. Untuk yang ada masaalah kesihatan tapi tak suka bubur oats. terima kasih ya sbb share.. nampak very healthy tu. bersirat tinggi.

  2. Lyana Rahman says:

    going to try this..
    anyone want to join?

  3. nanti boleh sy try masak.

  4. Mashithah Khalid says:

    kena makan macam ni lepas ni…

Leave a Reply

*
= 5 + 6

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes