Mitos Kuruskan Badan & Diet Yang DiBongkarkan

Nak kuruskan badan dan berdiet? Sebelum kita mulakannya, jom ketahui mitos kuruskan badan dan diet yang dibongkarkan di sini… :-)

Jika kita dah bertekad dan mengambil keputusan untuk kurangkan berat badan kita, tahukah kita apa strategi diet yang berkesan? Ramai yang akan berkata kita tak patut makan pada lewat malam atau jangan makan di antara waktu makan utama kita. Betul ke? Jom baca…

1. Makan Lewat Malam Boleh Tambahkan Berat Badan Kita

Sebenarnya apa jenis makanan yang kita ambil yang akan menambahkan berat badan kita, bukannya bila atau masa kita makan. Badan kita tak memproses kalori dalam tubuh badan kita dengan cara berbeza pada waktu malam.

Tapi jika kita suka makan snek di depan TV selepas waktu makan malam seperti kerepek, aiskrim, coklat, manisan dan sebagainya – makanan ini biasanya punyai lemak dan kalori tinggi. Jadi ini yang mungkin akan menambahkan berat badan kita :-)

2. Ambil Hanya Sedikit Kalori, Boleh Kurangkan Berat Badan

Kita mungkin punyai tanggapan yang sama, iaitu dengan hanya makan kurang kalori boleh bantu kita kurangkan berat badan. Tapi jika kita makan kurang daripada 800 hingga 1,000 kalori sehari, badan kita akan simpan setiap kalori yang ia boleh dapat kerana berpendapat tubuh kita dalam mod kelaparan.

Jadi satu-satunya cara untuk metabolisme tubuh badan kita terus bekerja adalah dengan senaman. Jika kita rasakan penurunan berat badan kita lambat, bersenamlah dengan lebih lagi. Jika kita biasa lakukannya untuk 30 minit saja sehari, apa kata kita tambahkannya ke 45-60 minit setiap sesi. Dan jangan lupa untuk makan. ;-)

3. Jangan Sesekali Tambah Makanan Kita

Daripada kita gunakan pinggan makanan atau saiz hidangan sebagai ukuran untuk berapa banyak yang kita perlu makan, cuba belajar ambil isyarat lapar dan kenyang daripada tubuh badan kita sendiri.

Makan mengikut selera kita adalah lebih sihat. Bukannya mengikut nafsu makan ya :-) Dan bila kita makan dengan perlahan, tubuh kita dengan mudah akan tahu bila kita telah makan dengan secukupnya.

4. Halang Keinginan/Perasaan Mengidam Kita

Kadang-kala, jika kita rasa teringin atau mengidam sesuatu makanan tu, adalah lebih baik untuk kita mengalah dan makan je makanan yang kita idamkan tu. Tapi ambillah ianya dalam hidangan kecil saja dan bukannya secara keterlaluan.

5. Jangan Makan Di Antara Waktu Makan Kita

Kebanyakan orang perlu makan setiap 3-4 jam untuk mengelakkan rasa terlalu lapar. Di mana jika kita sering rasa terlalu lapar akan membawa kita kepada tabiat makan secara berlebihan.

Bahagikan waktu makan kita kepada tiga waktu makan utama, dan dua atau tiga makan snek di antara waktu makan kita. Bukan hanya setakat tiga kali waktu makan utama. Cara begini akan buatkan tubuh badan kita tak sempat untuk rasa lapar terlalu lama.

6. Makan Sarapan Buat Kita Lapar Sepanjang Hari

Kebanyakan makanan sarapan pagi yang biasa, selalunya memang mengenyangkan. Tapi ianya akan hanya berada dalam sistem tubuh badan kita dalam kira-kira 30 minit saja. Selepas itu kita akan rasa untuk makan lagi.

7. Jangan Makan Sarapan Yang Berat

Makanan sarapan yang mempunyai protein dan lemak yang sedikit, sebagai tambahan kepada karbohidrat kompleks dan gula, akan buatkan kita rasa kenyang lebih lama dan berikan tenaga yang kita perlukan sehingga waktu makan tengahari.

Bijiran gandum atau ‘cereal’ dengan susu rendah lemak, telur dengan roti bakar dan juga minuman shake sarapan buahan segar dibuat dengan susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk sarapan berkhasiat kita.

8. Nak Turunkan Berat Badan, Jadilah Seorang Vegetarian

Diet seorang yang vegetarian boleh mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi, rendah serat, atau kedua-duanya sekali. Kebanyakan makanan yang vegetarian, termasuk keju dan kacang punyai lemak dan kalori yang tinggi.

Jadi dengan tidak mengambil daging dan menggantikannya dengan makanan vegetarian lain yang sama berlemak bukanlah satu langkah diet yang bijak.

9. Puasa Boleh Turunkan Berat Badan

Sesetengah orang percaya dengan berpuasa beberapa hari dapat menurunkan berat badan kita dengan cepat dan mengecilkan perut kita. Kita mungkin boleh turunkan berat badan dengan berpuasa, tapi sebahagian berat badan kita adalah otot dan kebanyakannya adalah berat air.

Kita perlu makan makanan protein seperti daging tanpa lemak, telur, susu rendah lemak, atau kekacang (kacang dan bijiran). Jika tidak, kita akan kurus dan bentuk badan kita menggeleber, dan bukannya kurus, fit dan berbentuk cantik & menarik.

10. Kita Boleh Makan Apa Saja Yang Rendah Lemak

Makanan yang rendah lemak tak semestinya rendah kalori. Semak dan baca dulu Fakta Nutrisi Makanan pada label makanan. Dan kebanyakannya punyai kalori yang hampir sama seperti yang asal, dan terdapat juga yang mengandungi lebih banyak lagi kalori.


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


Related Articles:


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 3 + 7

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes