Resepi Sihat Pencuci Mulut ~ Puding Roti Pisang

Resepi sihat hari ini ialah resepi sihat pencuci mulut iaitu Puding Roti Pisang. Siapa kata hidangan pencuci mulut tak sihat dan tak elok untuk kita? Cuma, makanlah secara sederhana dan bukan berlebihan pula ya. ;-)

resepi sihat

Di dalam resepi sihat puding roti pisang ini, di antara bahan utamanya ialah pisang. Pisang punyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Apa kata, kita ketahui serba-sedikit khasiat buah pisang.

Di antara tips dan khasiat pisang yang akan digunakan dalam resepi sihat kita ialah buah pisang boleh pulihkan dan kembalikan stamina tubuh badan kita. Ini disebabkan pisang dapat menggantikan kalium yang hilang daripada tubuh badan kita.

Pisang juga boleh bantu mengurangkan sakit kepala dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

Menurut kajian yang dijalankan, 100 gm pisang mengandungi:

  • Protein = 1.2 gm
  • Lemak = 0.3 gm
  • Kalsium = 17 mg
  • Karotena = 78 mg
  • Kalium = 88 mg
  • Karbohidrat = 27.2 gm
  • Tenaga = 116 kcal

Asid, enzim dan sebatian kimia penting juga terdapat di dalam buah pisang. 3 jenis gula semula-jadi yang terkandung di dalam pisang adalah gula sukrosa, gula fruktosa dan gula glukosa. Gula semula-jadi ini penting bagi pertumbuhan anak-anak kecil ketika membesar.

resepi sihat

Selain itu, pisang juga mempunyai zat magnesium, zat fosforus, zat iodine, zat kuprum, zat vitamin B1, B2, B6 & C, zat niasin dan zat folat.

Terdapat kajian yang telah dilakukan menunjukkan bukti bahawa 2 biji pisang boleh berikan tenaga bagi kita lakukan kerja atau senaman berat untuk selama 90 minit.

Oklah, jom kita dapatkan resepi sihat pencuci mulut kita pula.

Puding Roti Pisang ~ Menu Resepi Sihat Pencuci Mulut

Resepi sihat yang enak dan digemari ramai…

Bahan-bahan:

  • 2 biji Pisang Montel
  • 10 keping Roti Bijirin – di potong 2 menjadi bentuk 3 segi
  • 4 biji Telur Saiz B
  • 1 cawan Gula Kastor
  • 1 tin Susu Cair
  • 2 cawan Susu Segar Rendah Lemak
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1 sudu besar Mentega Tanpa Garam – dicairkan

Penyediaannya:

1. Panaskan terlebih dulu ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.

2. Kemudian kita susunkan roti yang telah di potong menjadi bentuk 3 segi tadi ke dalam bekas pembakar bersaiz 6′ x 6′.

3. Setelah itu potongkan pula pisang montel dan susun di celah-celah roti tadi.

4. Campurkan susu cair, susu segar, gula, telur dan esen vanila di dalam mangkuk. Kacau kesemuanya hingga sebati.

5. Dan tuangkan aduan tersebut ke dalam loyang pembakar roti tadi dan biarkan ia selama 30 minit.

6. Selepas 30 minit, masukkan loyang roti itu ke dalam ketuhar dan bakar.

7. Bakarkannya selama 45 minit.

8. Kemudian bolehlah kita hidangkan resepi sihat kita.

Dah siap pun resepi sihat bagi hidangan pencuci mulut kita iaitu Puding Roti Pisang. Marilah kita mencubanya! :-)

resepi sihat

Kandungan Nutrisi

  • Kalori: 87 gm
  • Lemak: 2.4 gm
  • Karbohidrat: 17 gm
  • Protein: 2 gm

resepi sihat


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 4 + 3

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes