Resepi sihat minggu ini ialah resepi yang dikongsikan oleh selebriti chef terkenal, siapa lagi kalau bukan Chef Wan.
Anne suka dengan resepi-resepi yang dikongsikan oleh Chef Wan ni. Siapa kata kalau kita nak makan makanan yang sedap-sedap, mesti tak menyihatkan?
Oleh kerana semalam Anne dah kongsikan artikel mengenai ‘Tips Diet Sihat Dengan Makan Salad’, jadi amat sesuailah jika Anne kongsikan resepi sihat salad ayam ni kan
Jadi kali ini resepi sihat yang disyorkan ialah Salad Ayam Ala Hawaii oleh Chef Wan. Resepi sihat hidangan salad ayam ini boleh dijadikan pilihan menu sihat yang terbaik untuk kita hidangkan makanan yang mudah dan ringkas untuk seluruh keluarga kita.
Nikmatilah makanan yang sihat serta ambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan dan kurangkan penggunaan minyak, gula, garam dan juga santan dalam masakan kita. Inilah yang sebaik-baiknya.
Jadi marilah kita dapatkan resepi dan cara-caranya di sini.
Resepi Sihat: Salad Ayam
Salad ayam adalah resepi sihat, mudah dan ringkas yang boleh kita hidangankan untuk seisi keluarga.
Bahan-bahannya:
- 2 ketul isi dada ayam (di rebus tanpa tulang)
- 2 ketul tauhu lembut (di goreng seketika & kemudian di potong dadu)
- 2 biji kiwi
- 1 biji mangga masak
- 1/2 biji betik
- 1 biji avokado
- 3 biji tomato (di potong dadu)
- 4 sudu besar minyak zaitun
- 150 ml yogurt rendah lemak atau krim masam
- 1/2 cawan kismis hitam
- 10 biji kacang walnut
- 2 sudu kecil serbuk kari daging
- 1 sudu kecil serbuk halia
- 4-6 sudu besar chutney mangga
- 1 biji lemon (di ambil jus saja)
- Sedikit daun ketumbar (di racik atau hiris halus)
Cara Penyediaannya:
1. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan salad ayam kita.
2. Di dalam mangkuk hidangan salad, masukkan yogurt rendah lemak atau krim masam, chutney mangga, serbuk kari daging dan serbuk halia.
3. Kemudian masukkan pula minyak zaitun.
4. Kacau dan gaulkan ke semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Selepas itu, masukkan isi dada ayam, tauhu lembut, kiwi, mangga, betik, tomato, kismis hitam dan kacang walnut ke dalam kuah salad kita tadi.
6. Masukkan juga avokado dan daun ketumbar yang telah di racik halus.
7. Gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk tadi hingga rata dan sebati.
8. Dah pun siap, hidangan resepi sihat ~ Salad Ayam Ala Hawaii ‘Chef Wan’.
Mudah je kan resepi sihat Salad Ayam ni dan paling penting, ianya sihat dan menyelerakan. Ermmm apa lagi, jom kita buat
![]()
Kuruskan Badan ~ Rahsia Langsing Giler!
on Google+


April 5th, 2012
Anne 



Posted in
Tags: 









very good..banyak buah2. avocados tu memang saya suka makan begitu saja pun.
Kita memang patut makan banyak buah-buahan… Memang sesuai dengan resepi Salad Ayam ni…