Spageti Adalah Menu Diet Sihat & Makanan Lengkap Penuh Nutrisi

Menu diet sihat seperti spageti adalah amalan pemakanan yang sihat. Ini kerana ia adalah menu diet sihat makanan yang lengkap makro nutrien dan penuh nutrisi.

menu diet sihat

Adakah kita sedang melakukan diet atau inginkan menu diet sihat yang sesuai untuk seisi keluarga kita?

Cubalah kita sediakan hidangan spageti bersama bebola daging sebagai hidangan makanan keluarga kita. Ia memang satu hidangan menu diet sihat yang ringkas tapi menyelerakan serta berkhasiat.

Dan ia sesuai untuk semua golongan, tak kira peringkat umur – yang tua ataupun muda.

Amalan Menu Diet Sihat Untuk Seisi Keluarga.

Spageti adalah menu diet sihat dan tersenarai sebagai hidangan seimbang.

Hidangan menu diet sihat spageti ini juga punyai kandungan lemak yang rendah. Amat sesuai untuk kita amalkan sebagai hidangan pemakanan sihat untuk seisi keluarga.

menu diet sihat

Sepinggan menu diet sihat hidangan spageti dengan bebola daging, dalam anggaran berat 314 g mempunyai hanya 405 kalori iaitu:

  • Protein – 18%
  • Karbohidrat – 58%
  • Lemak – 24%
  • Serat Dietari – 4.54 g
  • Garam Natrium – 398 mg

Spageti kini disenaraikan sebagai hidangan seimbang untuk semua golongan umur. Ini kerana taburan makro nutrien dalam sepinggan spageti, memenuhi serta tepati syarat-syarat pemakanan sihat.

Namun dengan kebaikan dan khasiat spageti, kita masih digalakkan untuk mengubah-suai sedikit resepi menu diet sihat ini dengan menambahkan sayur-sayuran seperti lobak merah, kacang pea, cendawan butang dan lain-lain sayur-sayuran yang bersesuaian.

Ini dapat menjadikannya satu hidangan yang lebih seimbang serta tingkatkan kandungan serat didalamnya.

Dan juga adalah lebih baik untuk kita buat sos atau kuah spageti sendiri dengan menggunakan tomato yang segar.

menu diet sihat

Elakkan daripada kita menggunakan tomato puri dan sos spageti segera atau di dalam botol yang telah siap-sedia dan banyak terdapat di pasaran kini. Ini adalah disebabkan ia punyai bahan pengawet dan kandungan natrium yang tinggi.

Begitu juga dengan bebola daging kita. Walaupun ada terdapat banyak di pasaran yang telah tersedia di dalam pek, adalah lebih baik untuk kita menyediakannya sendiri. Ini dapat mengurangkan kandungan lemak dan juga kandungan natrium atau garam.

Kita juga boleh tukarkannya dengan bebola ayam yang lebih sihat atau makanan laut seperti sotong, udang dan isi ikan.

Jika kebiasaannya, kita gorengkan bebola daging kita; apa kata kini kita panggangkannya di dalam ketuhar atau ketuhar gelombang mikro.

Kita juga boleh rebuskan terus bebola tadi hingga masak bersama sos spageti kita di atas api yang kecil.

Dengan cara ini, kita dapat kurangkan penggunaan dan pengambilan garam natrium yang terdapat di dalam makanan yang diproses.

Pengambilan berlebihan bahan-bahan ini akan memudaratkan kesihatan tubuh badan kita serta tingkatkan risiko berpenyakit darah tinggi, penyakit strok, mendapat serangan jantung dan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.

menu diet sihat

Panduan dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pengambilan garam natrium adalah hanya 2,400 mg sehari. Ini bersamaan dengan 5 gram serbuk garam saja.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan mengurangkan pengambilan makanan segera, sejuk-beku dan telah siap-sedia di pasaran kerana kebanyakannya mengandungi bahan pengawet dan garam natrium yang tinggi.

Menu diet sihat juga patut menjadi amalan sihat untuk seisi keluarga kita sentiasa!

menu diet sihat


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

*
= 4 + 5

Powered by WordPress | Designed by: Premium Themes | Thanks to Compare Premium WordPress Themes, WordPress Themes Free Online and Free WordPress Themes